Follow Dashboard

TITLE; S.A.H.A.B.A.T
Saturday, 1 March 2014 | 04:41 | 0 comments
 
 
 
"Mana dia ni ? Dah lama tak text aku . Dia okay ke tak ? "
Aiman asyik terfikir kan kawan rapatnya , Ezra yang sudah lama tidak menghubunginya . Walaupun mereka satu universiti tetapi mereka jarang-jarang berjumpa . Hanya bertegur di alam maya sahaja .
Lagipun mereka ini sudah selalu berkomunikasi , boleh dikatakan setiap hari . Tetapi pada minggu ni , Ezra langsung tidak menghubunginya . Aiman mula risau . 
 Mereka sangat rapat , setiap masalah atau cerita gembira pasti mereka kongsi bersama .
Aiman hanya berfikiran positif ,mungkin Ezra sibuk  dan ingin fokus pada pelajaran .
 
Pada keesokkan paginya , Aiman terserempak dengan Ezra tetapi dengan seorang lelaki .
Aiman pelik , lelaki yang Ezra jumpa itu merupakan bekas teman lelakinya . Ezra banyak menceritakan tentang lelaki itu pada Aiman . Sudah berbulan lamanya mereka berpisah . Tetapi pada hari ini , mereka nampak mesra dan seperti sudah lama berbaik . Hati Aiman tiba-tiba menjadi rapuh .

"Ohh , patutlah dah lama tak contact aku, rupanya dah baik dah dengan dia . "
Aiman belalu pergi dengan perasaan yang agak sedih . Pelbagai persoalan yang tertanya -tanya mengapa Ezra tidak mahu menceritakan kepadanya tentang lelaki itu . Mereka telah lama menjadi sahabat karib tetapi Ezra tidak menceritakan sedikit pun tentang lelaki itu .

" Mungkin Ezra dah tak perlukan aku dalam hidup dia sebab lelaki tu dah balik dekat dia . Hmm mungkin aku kena pergi "
Aiman bermonolog . Perasaan sebagai seorang kawan mulai berkurangan . Aiman sedih kerana mungkin akan kehilangan seorang kawan rapatnya yang sangat memahami dirinya dan Ezra boleh dikatakan sebagai teman wanitanya . Tetapi perasaannya terhadap Ezra cuma sebagai seorang kawan . Setiap kali terserempak dengan Ezra , Aiman hanya buat tidak tahu sahaja dan terus pergi tanpa menghiraukan Ezra . Kesian mereka berdua . Persahabatan mereka menjadi renggang . 

                                                                                                        Bersambung ...

 
 


Old things